
IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
Jalan Maktab, 75990 Durian Daun,
Melaka.
Tel : 062824827 (Pej) / 062822300 (JAPIM)
Ruj.Kami : IPPM.144.4/12/1 Klt.1(35)
Tarikh : 7 Mei 2009
Guru Pelatih,
KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2008 & 2009
KPLI SR KDC SABK Ambilan NOV 2007
Tuan/Puan,
KURSUS DALAM CUTI KPLI SR LPBS j-QAF AMBILAN JAN 2008 & 2009 & KPLI SR KDC SABK Ambilan NOV 2007 UNTUK SESI INTERAKSI MEI-JUN 2009
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka akan melaksanakan Kursus Dalam Cuti bagi guru-guru pelatih tersebut pada 30.5.2009 hingga 12.6.2009.
2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk melapor diri seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 29.5.2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Lelaki - Anjung Hikmah / Perempuan – Asrama Blok C
3. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan berhubung perkara di atas, sila hubungi Pn. Maimun Binti Aziz (Tel: 0129801804) atau melayari blog berikut : http://www.rizuanrasip.blogspot.com/
Kerjasama tuan/puan untuk hal ini, amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CINTAILAH BAHASA KITA”
Saya yang menurut perintah,
t.t.
(NOOR HAYATEE BINTI MD.NOOR)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Perempuan Melayu,
Durian Daun, Melaka.
s.k.
- Fail Timbul
- Guru Besar
- Penyelia Asrama Anjung Hikmah, IPGM-KPM
- Penyelia Asrama Blok C, IPGM-KPM
(Surat ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia cetakan komputer)
No comments:
Post a Comment